Saturday 30 June 2012

muhasabah diri yang tengah alpa dgn dunia..

assalamualaikum to all readers~...ape kabar hari ni??iman??jasadi??....♥
moga setiap detik kehidupan kita dimanfaatkan untuk islam....(^^)

******************

Ana telah di khitbah... wahai hati........kuatkan diri..

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu ana sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, ana berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat ana , meletakkan ana kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

ana hanya seorang gadis. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. ana tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. ana bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, ana bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga ana bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

ana bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, ana juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, ana bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. ana hanya seorang hamba yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi ana juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar ana sudah dikhitbah apabila melihat ku memakai cincin di kedua tangan di jari manis. ana hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana ana belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, ana tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya ana jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

ana menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, ana menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari ana sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali ana ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja ana menangis semahunya tetapi sudah ana ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana ana akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan ana terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah. Sejak hari pertunangan itu, ana semakin banyak mengulang al-Quran. ana mahu sebelum tibanya hari yang ana nantikan itu, ana sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan ana tenang... As-Syifa' ana adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah ana menanti. Benar, ana sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

ana tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa ana sudah bertunang, kebenarannya itu antara ana dan keluarga.

"Insya Allah, dia tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, ana senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. ana tersenyum lagi.

Jangan lupa jemput saya di hari menikahnya, jangan lupa!"

ana hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu ana zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai ana sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan dia yang mendekatkan ana dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang ana habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana ana mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila awak menikah?"

Ana tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti awak akan tahu..."

Ana masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan ana sengaja tetapi memang benar ana sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput saya tau!"

Anis tersenyum megah.

"Kalau awak tak datang pun saya tak berkecil hati, doakan saya banyak-banyak!"

Itu saja pesanku. Ana juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu ana tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu ana menyiapkan diri sebaiknya. Untung ana dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain...

Semuanya ana sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan ana katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Jom makan!"

Ana tersenyum lagi... Akhir-akhir ini ana begitu pemurah dengan senyuman.
"Sila-sila, ana puasa."

:)

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, ana tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan ana sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Ana juga menanti dengan penuh debaran, moga ana bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan ana, itu sahaja.
******************
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan ana pada ibu.

Akhirnya, ana selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun ana tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan ana kepada Allah.Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang ana rahsiakan dari pengetahuan umum.Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Anis bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"mardhiah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku.Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, dia hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..."
Terduduk Anis mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la dia selalu menangis.. Anis tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu dia mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Anis masih kaku. Tiada suara yang terlontar.

************************************

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta."

** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**
~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~


edited from: iluvislam

notakaki: kisah nih bukan kisah ana. tapi kisah ini adalah kisah kita. kisah kita yang telah di khitbahkan dan di tunangkan dengan maut. bukan nak buat kontroversi atau mereka-reka cerita. namun ini adalah peringatan buat kita semua. hari ini kita lalai dan leka dalam mengejar cinta dan cita-cita yang kebanyakkannya berimpikan dunia. namun kita lupa untuk menabung dalam saham akhirat. negeri yang abadi tempat kita akan kembali. selamanya.

entah bila 'majlis' kita akan di rai. entah bila 'dia' datang menyunting kita. itu rahsia Allah. rahsia yang kita tidak pernah berhak untuk mengetahuinya.

wat i did last semester break..hehe

bismillahirrahmanirrahim..
Mengimbau wat i did last semester break...hehe sementara dok umh ni..tggu untuk kembali ke UMP ter"chenta" bg gerak kje MINDS' 12..5hb JULAI ni..so jom nuri tnjukkn pd kalian ap yg nuri wat kt UMP last semester break..hurm..nuri dilantik mnjadi penolong ktua fasi time tu..fuhh gementar btul time tu..coz nnt kne handle dlm 1000++  new intake student..hehe n my ketua fasi is ABDUL NA'EM BIN SUHAIME..he is hardworking guys..hehe kdg2 skit ati gak kje dgn dia..but then he can manage his stress n mood..=)..MINDS' 11 merupakan minds yg pertama kampus gambang n pekan pecah..huhu mse tu mrupakan satu cabaran bg kami(semua fasi) coz mse tu kne pecah dua..huhu time HSK kami mempunyai ramai fasi..coz semuanya tertumpu pd kampus gambang je..tp apabila time MINDS'11 menjelang..kami trpksa berpisah n ada sebahagian dari  fasi gambang diambil tenaga kerjanya utk digunakan di pekan..kesian pekan mse tu..yg best nye walaupun dlm keadaan yg x selesa tapi nuri cukup kagum dgn fasi2 pekan mse tu..coz mereka dpt laksanakan gerak kerja bg menyambut kedatangan mahasiswa/wi dgn gemilang dan jayanya tanpa mngeluh..tabik springg lar kt korang..

Masa MINDS mmg merupakan masa yg amat memenatkan hehe..bygkn lah begitu ramai student baru yang masuk dari latar belakang yang berbeza, sikap, rupa paras, n cara pemakanan yg berbeza..memang sukar nak kwal dlam mse lebih kurang seminggu..hurmm tp disebabkan kekuatan yg diberikan oleh Allah..semangat yg diberikan oleh sahabat n paling penting fasi2 yg senantiasa menyokong nuri dr belakang..nuri n fasi2 len mampu menempuh gerak kje MINDS dgn jayanya..tp dlm byk2 hari dlm MINDS nuri paling suka time hari khidmat komuniti..mse tu lagi meningkatkn skill komunikasi nuri dalam berbicara dgn org2 kampung..staff2 UMP..guru2 sekolah..doktor2..fasi2(yg dlam keadaan penat tp gembira)..n adk2 baru time tu..hurm..mse tu bru tercabar dgn diri sendiri yang kurang ilmu dlm berkomunikasi dgn pelbagai lapisan masyarakat..tp xpe..time ni lar nk grab the experience..jgn takut buat salah..^_^..sbb nuri suke sgt time hari komuniti tu..so nuri ada gambr2 kt ctu je lar hehe..sila2 lar tgk ye..

Sebenarnya apabila kte menceburkan diri dlam dunia MINDS' ni..dia akan membentuk diri kita..wat i've learnt during the moment are i can speak to anyone that i want to,,i cn handle my stress in a good way,,i still can smile to other people even though im very tired at dat time..i can loss my weight easily hehe..i learnt how to distribute work..i manage to schedule my life without wasting the time..n a lot...seriously its fun when i joined MINDS during last semester break..i gained a lot of experience and i feel better than before in my communication skill specifically..hurmm tu lar ble dh type english men taram jer..bknnya nk tgk grammar kan3? hehe tp kan ini merupakan salah 1 sebab knapa nuri tulis blog..sbb nuri tau..ble nuri menulis in my way..some people will judge my language n my writing skill..so nuri harap sgt2 lepas pembaca yg bce blog ni..bole aja dong kalau mau respon apa2 atau komen grammar..languange..skill or anything..hehe..

so to all my beloved reader..u all can scroll down the page to take a look a few picture that i've attached here..sorry for any inconvenient^_^

*note : HSK = hari suai kenal (new diploma student intake)
         : MINDS' = minggu induksi siswa ( new degree student intake)

hurm ni time tgh lawat kampus pekan..disebabkan nuri course kimia..so nuri bwk adk2 kimia ni g jln2 sekitar kampus pekan hehe(anjuran unit khidmat komunit..ktua dia NUR HANIFA

ha..yg ni time dh siap pungut sampah n bru lepas cat sekolah rendah..

ni tgh bg kata2 semangat kt adik2 utk trus derma darah..

ni semua muka tgh kelaparan..tp kne tggu dgr perasmian..yg pakai baju korporat biru..dia lah ketua fasi time MINDS yg ni..

Prof Yussserie pun bg galakan untuk kte menderma darah^_^

ha..nmpk tu nuri mula mgeluarkan arahan..haha xde lar..tu time suai kenal adk2 n fasi2..

basuh dik jgn x basuh..hehe..abg bju hitam tu sbnrnya ske dpt basuh periuk besar tu huhu

persiapan utk balik UMP dh..

jumlah bilangan mahasiswa baharu 2011 (ni pandangan dari atas)

sabar ye dik..nnt kte g mkan..

ni khidmat komuniti yang dilaksanakan oleh beberapa mahasiswi di sebuah surau 

letih,lapar,panas mcm2 ada..tgh tggu bas amik diorg bwk g makan..

ni tgh wat magic(konon nk tnjuk magic kt adk2 baru tp xjd pon hehe)

jumlah bilangan mahasiswi baharu 2011 (ni pandangan dari atas)


Friday 29 June 2012

Assalamua'laikum wbt..selamat sejahtera..vanakkam..ni hao ma..hehe xtau dh..

Alhamdulillah..akhirnya..terhasil juga blog baru ni setelah yg lma telah terblock(sbb lama sngt xupdate hehe ..^^..

Firstly..sbb ni blog nuri yg baru..jdi nuri perkenalkan diri sendirilah dulu..xkenal maka x tercari2 nnt.. ehem2..nama yg diilhamkan  Allah kpd mama n abah ialah Nuri Adilah Nashrulmillah bt Idris..nama yg baik itu jga adlh doa' buat nuri...jeng2 mst sume org yg first time bce nme nuri terbelit lidah kn..hehe..xpe yg penting igt nme nuri shja pun dh cukup.. mksud nuri ialah cahaya ku..insyaAllah nuri jd cahaya utk kalian..tp lagi best klu dpt igt nme pnuh nuri..^_^..

Nuri anak bongsu dr 7 org adk beradik..hehe tp xde lar mnja sgt tau..bole2 lar..nuri dibesarkan dalam kehidupan yg sederhana tapi bahagia..nuri mndpt pendidikan dr byk sekolah..sebabnya?..sebab ayah nuri bekerja sbg polis..so nak xnk dia trpksa pindah randah..itulah lumrah kehidupannya..walaupun ssh utk nuri menyesuaikan diri dgn suasana bru tiap kali pindah..tp ble kte fikir scara positifnya..sbb prkara tu lar nuri jd diri nuri skrg ni..nuri dikatakan seorg peramah n mudah cri 'geng' haha..tu bkn nuri belajar..tp disebabkn proses tumbesaran nuri mcm tu nak wat cmne..

Khas utk blog yg satu ni..nuri pattern kn blog ni utk mY LiFe at UMP shaja..hehe utk spe2 knal blog nuri yg len..itu blog kisah hdup nuri di sekolah,mtrik n tadika(haha nampak sgt menipunya)..itu zaman dulu kiran..hehe..so jom ikuti kisah nuri di UMP dalam blog ni^_^..hehe cam dlm tv lak..k jgn buang masa jom2 kte knal2 dgn nuri n jgn lupa komen ap2 yg kalian rse sptutnya kalian komen disiniiii..wassalam