Wednesday 25 July 2012

kenangan dalam bersahabat

Terhiris & Terguris?... ^_^


Assalamualaikum..

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani..

Syukur Alhamdulillah  atas keizinan nafas dan nadi ini untuk terus berada di dunia ini. Moga masa yang di anugerahkan ini digunakan sebaiknya oleh ana. Selawat dan salam buat utusan terakhir, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, nuri masih mampu untuk terus menulis di sini setelah sekian lama menyepikan diri. Moga perkongsian yang di berikan ini mampu memberi manfaat buat insane yang membacanya. InsyaAllah..


Terhiris dan Terguris?

Sekadar ingin berkongsi pandangan, terhiris dan terguris itu perkara biasa dalam kehidupan seharian. Hampir setiap hari, kita akan terasa dengan kata-kata atau tindakan dari orang-orang di sekeliling kita. Tapi, pernah tak, kita terfikir, ramai orang yang terhiris dan terguris dengan kata-kata dan tindakan kita? Terutama dalam persahabatan. Walau seakrab dan sebaik mana pun kita dengan teman  kita, pasti kita atau dia akan terasa.


Lumrah persahabatan,
Terhiris terguris menguji persahabatan,
Hanyalah satu ujian,
Bukan satu halangan,
Untuk terus berkasih sayang,
Hadapi dengan iman,
Suburkan dengan bermaaf-maafan,
Sematkan doa-mendoakan.

Andai kita pernah terasa dengan orang-orang sekeliling, cubalah sedaya upaya untuk melupakan dan memaafakannya kerana tanpa kita sedar, kita sendiri juga sering melukakan perasaan mereka. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Hal-hal yang lepas jadikan sebagai pengajaran untuk kita semua. Teruskan melangkah membina hidup baru dan sentiasa berusaha untuk melapangkan fikiran kita dalam menerima apa jua cubaan yang menimpa diri kita semua.

Jauhilah kamu daripada berprasangka buruk kerana prasangka buruk itu adalah percakapan yang paling dusta.
 (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud dan al-Tarmizi daripada Abu Hurairah r.a)

Sahabat, Hati-hati Ketika Bergurau | iluvislam.com discover the beauty of islam

Sahabat, Hati-hati Ketika Bergurau | iluvislam.com discover the beauty of islam

Wednesday 4 July 2012

nifsu syaaban~

alhamdulilllah..alhamdulillah..alhamdulillah..baru selesai solat berjemaah solat maghrib,solat isyak n bacaan yassin beramai ramai bersama ahli keluarga yg tersayang..malam ni solat kami berimamkan  Al-Fadhil Ust Nuri Bakhtiar Syah Bin Idris(abg long nuri)..masyaAllah sahabat-sahabat boleh rase nikmat nya solat berjemaah,bacaan yassin n mendengar sedikit tazkirah bersempena malam nifsu syaaban ni..apa tu nifsu syaaban??? mengikut kata Ust Don Daniyal ..Nisfu bererti pertengahan. Nisfu Sya'ban bererti pertengahan bulan Sya'ban, iaitu 15 Sya'ban.





Nabi bersabda, "Allah swt melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)

Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam Nisfu Sya'ban..

Hurmm itulah yg dikatakan oleh Ust Don..kita juga digalakkan membaca 3 kali surah yassin..n kita boleh pohon 3 doa..iaitu;
  1. panjangkan umur kita
  2. murahkan n perluaskan sumber rezeki kita
  3. mohon kita mati dalam keadaan beriman
suka nuri berkongsi sedikit info tentang kelebihan malam ini (nota ini nuri dpt dr sahabat nuri^_^) ;

1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini.

•••► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb."
~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
- Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

◆ Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam² pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh, insyaAllah tidak.

✉>>> Amalan yang dianjurkan;

✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.

✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.

✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dan lain-lain.

◆ Semua amalan di atas tidak dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم khusus pada malam Nisfu Sya'ban ini, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan Islam. Boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah hasanah. Tapi ingat, ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam ini.
2. Malamnya didirikan qiamulail (malam ini) & esok harinya (Khamis 15 Sya'ban = 5 Julai) berpuasa.

•••► Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya."
~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله.
--------------------------------------------------------------
3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan Malam Nisfu Sya'ban ini, namun nuri hanya ada 5 info sahaja. 

* Sila semak kembali pada diri anda? Jika ada, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha & mohon kemaafan dengan orang yang kita buat salah terhadapnya.

•••► Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;

✖ 1. Orang yang melakukan syirik. 
✖ 2. Pengadu domba (kaki batu api). 
✖ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan.
✖ 4. Penderhaka kedua ibu bapa. 
✖ 5. Orang yang ketagih arak. 
---------------------------------------------------------------
Selamat beramal ツ.

nuri harap nuri x lewat untuk bgtau hari yang besar untuk kte yg bernama hamba Allah ni..jom2 klu sesiapa yg blum lakukan apa2 lagi..tunggu apa lagi..jom lakukan sesuatu utk malam yg istimewa ni