Saturday 23 March 2013

Chem E-Car



Assalamualaikum..
Semalam 23 March 2013 hari Sabtu merupakan pertandingan Chem E-car di UMP kampus Gambang. Kumpulan kami menggunakan bahan kimia untuk menggerakkan kereta..bahan-bahan yang kami gunakan ialah:

1    Perkara paling penting :   Control Car

       Bahan untuk menggerakkan (berfungsi seperti bateri)
a.       130 g of Copper Sulphate (CuSO4)
b.      300 ml Distilled Water
c.       10 pcs Zinc Plate(7’x6.5’)
d.      10 pcs Aluminium Plate(7’x6.5’)

      Bahan untuk hentikan kereta ( berfungsi seperti brek)
a.       1 cm Aluminium strip
b.      5 mol Hydrochloric Acid

Seronok bila buat dan reka design kereta ni bersama-sama rakan-rakan seperjuangan. Baru tahu erti hidup sebagai pelajar kimia. Semasa ni juga tahu banyak procedure yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menggunakan makmal yang dibangga-banggakan di UMP ini.

Kami melaburkan masa, tenaga, wang, kemahiran, dan perasaan  demi pertandingan ni..tak dapat dilupakan masa minta harga murah dari tauke jual zink, perasaan letih 3 minggu dok bertapa dalam makmal kimia walaupun baru habis kelas, perasaan malu dan takut dengan JP makmal time nak amik bahan2 kimia, perasaan segan bila kena halau dari makmal sebab menyibuk dalam makmal kimia time orang lain ada kelas dan macam2 lagi..seronok2..pengalaman pahit dan manis bersatu menjadi satu..heee

Bahan-bahan kimia seperti HCL sangat-sangat sensitive dengan perubahan suhu semasa, wah sangat2 lah bahaya..ada haritu kami yang tak cukup ilmu ni main redah jerr guna fumes HCL dan pure HCL..mahu berasap makmal time tu..oh lupa nak bagitahu..nuri amik part untuk sediakan stopping mechanism..hehe so memang banyak guna HCL..mulanya takut bila kendalikan HCL sorang diri tanpa ada sesiapa yang kawal atau memerhati..tapi bila tengak Umarul dan Tqah(dua2 orang ni partner group nuri) selamba je buat dilution HCl..so nak tak nak nuri pun buat je lar..


 Ha..ni lar kereta kami yang in progress





Ni pula group kawan kami


                                                                      
Ni group nuri..

                                                
Umarul Imran, Nuri 'Adilah, Atiqah Ismail 
*Umarul tengah pegang kami punya kereta 

                                                
ini gambar 2 kumpulan dari Gas Technology 




Alhamdulillah walaupun dapat nombor yang terakhir tapi pengalaman dalam membuat experiment dan mereka kereta sempena Chem E-car ni sangat2 berharga…next sem nak cuba lagi..doakan nuri BERJAYA..


ni video tapi bukan group nuri lar



*note: kalah tu sebab stopping mechanism dia tersalah calculation hehe..and the most important is..nuri lar yang bertanggungjawab atas kecuaian and kesilapan dalam set up stoppping mechanism tu ^-^ 

Friday 15 March 2013

PERANG PALING BESAR DALAM HIDUP

Nafsu merupakan sejenis alat yang dikurniakan kepada manusia adalah untuk kegunaan manusia dalam membuat pilihan, perilaku atau perbuatan , dan mempengaruhi sikap seseorang individu itu. Perlu difahami bahawa tidak adil dalam memandang nafsu itu sebagai sesuatu yang buruk atau negatif sahaja kerana ia turut memiliki sifat yang baik. 

Nafsu yang mulia akan membawa manusia kearah kebaikan dan kebajikan sedangkan nafsu yang hina akan membawa manusia kearah keburukan dan kerosakan. Nafsu yang positif harus di pelihara dan di' up-grade 'kan, manakala nafsu negatif harus dilontar jauh-jauh dan biarkan ia tenggelam.

Difahamkan bahawa nafsu ini mempunyai 7 peringkat yang harus dinaik tarafkan agar alat itu menjadi lebih berguna kepada manusia. Peringkat-peringkat itu adalah :-


Nafsu Ammarah @ Tirani

Nafsu Lawwamah @ Penuh Penyesalan

Nafsu Mulhamah @ Terilham

Nafsu Muthmainnah @ Tenteram

Nafsu Radliyyah @ Redha

Nafsu Mardliyyah @ Diredhai Tuhan

Nafsu Kamilah @ Suci

Peringkat-peringkat nafsu ini dapat dicapai dengan beribadah kepada tuhan secara berterusan dengan membaca dan mengikuti fitrah yang telah ditetapkan oleh tuhan. Berikut adalah ciri-ciri peringkat nafsu :-

1.Nafsu Tirani
Nafsu pertama yang harus ditakluki yang cenderung mengajak manusia kepada perkara negatif. Ciri-cirinya adalah seperti iri hati, dengki, takbur, pemarah, sombong dengan kemewahan dan mencari nama untuk kepentingan diri sendiri.

2.Nafsu Penuh Penyesalan

Ciri-cirinya adalah suka akan perbuatan baik tetapi masih lagi melakukan maksiat, suka membantah pada nilai-nilai positif dan suka menceritakan kebaikan diri sendiri agar dikagumi oleh orang lain. Sifatnya hampir sama dengan peringkat pertama namun ada perbezaan walaupun hanya sedikit.


3.Nafsu Terilham

Merupakan hasil positif dari penaklukan dua peringkat nafsu sebelumnya. Ciri-ciri positifnya adalah sabar, bersikap tenang, pemurah, merasa bersyukur dan suka mengajak orang lain untuk berbuat kebajikan serta beramal baik.


4.Nafsu Tenteram

Nafsu yang memiliki ciri-ciri mulia seperti tawakal, murah hati, suka mensyukuri nikmat tuhan meskipun hanya sebahagian kecil atau sederhana dan sabar atas bencana. Impak positif dari nafsu peringkat ini adalah munculnya sifat-sifat arif bijaksana manusia.


5.Nafsu Redha

Dengan munculnya sifat-sifat kebijaksanaan maka seseorang itu akan dapat memanjat peringkat ke 5 ini. Ciri-ciri seseorang yang berada diperingkat nasfu ini adalah hidupnya diabdikan sepenuhnya hanya kepada tuhan, takut kepada tuhan bukan sebagai tuhan yang menyiksakan, tetapi kerana sifat Rahman dan Rahim-Nya


6.Nafsu Diredhai Tuhan

Peringkat dimana jiwa sentiasa dihiasi dengan kesucian, kemuliaan dan kesempurnaan. Baik perkataan mahupun perbuatan, semuanya diredhai tuhan kerana jiwa, hati, perasaan, gerak-geri, penglihatan, pendengaran, dan perjalanan hanya untuk-Nya. Pada peringkat ini, seseorang insyaalah dapat memiliki kehebatan dan keistimewaan luar biasa.

7.Nafsu Suci

Merupakan peringkat tertinggi dari segala peringkat nafsu. Nafsu ini hanya dimiliki oleh para rasul, nabi.



Berdasarkan pengamatan saya, kebanyakkan manusia dapat melepasi peringkat nafsu sehingga peringkat ke-3 cuma kurang latihan dan fokus. Jadi, untuk mencapai ke peringkat ke-4, adakah susah? Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan impak positif sesama manusia dalam menempuhi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.

_______________________________________________________________________________

Nafsu kalau tidak dididik ke arah kejahatan pun, dia tetap akan buat kejahatan. Allah telah nyatakan di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh kepada kejahatan." (Yusuf: 53)

Betapalah kalau dididik ke arah kejahatan dan melalui sistem yang jahat. Malang bagi suatu bangsa yang nafsunya memang jahat, dididik, diasuh dan dibaja pula ke arah kejahatan. Akan lahirlah orang pandai yang jahat, orang bodoh yang jahat, pemimpin yang jahat dan pendidik yang jahat. Ini lebih bahaya dan persoalan tidak kenal IQ tadi. Sebab itu nafsu perlu dikenali tahap-tahapnya dan tingkatannya. Nafsu wataknya memang jahat, kalau dibiarkan is tetap jahat, betapalah kalau dididik ke arah kejahatan oleh sistem pendidikan yang jahat dan yang mengajar pun adalah orang jahat. Betapa jahatnya kejahatan yang akan berlaku. Jadi nafsu ini perlu dididik.

Sebab itu Tuhan ingatkan kita tentang ini di dalam firman-Nya: Maksudnya: "Mereka yang berjuang ke jalan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan jalan jalanKami. Sesungguhnya Tuhan berserta dengan orang-orang yang berbuat baik." (Al Ankabut: 69)

Sesiapa yang bermujahadah terhadap nafsu, ditingkatkannya daripada jahat kepada baik, maka Tuhan akan memberi petunjuk kepada jalan yang baik. Itu janji Tuhan. Sebab itu nafsu kena dididik. Nafsu adalah musuh utama manusia. Kedua baru syaitan. Nafsu musuh dalaman. Syaitan hanya musuh luaran. Tetapi pelik, manusia tidak pandang seperti itu.

Berbeza pandangan manusia dengan pandangan Tuhan. Lihat sejarah ketika Rasulullah SAW balik dan peperangan Badar, Rasulullah bersabda:
Maksudnya: "Kita baru balik dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang maha besar."

Para Sahabat bertanya: ` Apakah peperangan yang maha besar itu ya Rasulullah?" Jawab baginda: "Perang melawan nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)
Sebab itu orang yang besarkan Tuhan akan memandang nafsu itu besar dan wajib diperangi. Nafsu itulah yang sangat menyusahkan. Sebab itu dalam ajaran Islam kita mesti bermujahadah dalam melawan nafsu. Di dalam ajaran Islam, nafsu ada tujuh peringkat:

1. Nafsu Ammarah

Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, "Saya anak jantan." Bayangkanlah, kalau orang macam ini jadi pemimpin dan berkuasa.

2. Nafsu Lawwamah

Nafsu yang mencerca dirinya sendiri. Sentiasa kesal dengan din sendiri. Tidak hendak berbuat jahat tetapi tidak mampu melawan nafsu. Bila melakukan kejahatan, sedih tapi buat lagi. Ada kalanya buat jahat sehingga dikenakan hukuman dalam penjara. Janji tidak buat lagi tapi buat juga. Rasa sedih lagi dan buat jahat bukan kerana seronok tapi lemah melawan nafsu. Walaupun sudah niat tidak mahu buat lagi dan sudah serik, namun terbuat juga lagi. Contohnya, ketika lalu di kebun orang, ternampak limau, rambutan dan sebagainya, walaupun sudah berazam tidak akan mencuri, tetapi ambil dan mencuri lagi. Orang nafsu di peringkat ini sudah mula sedar tetapi tidak larat hendak melawan hawa nafsunya.

3. Nafsu Mulhamah

Erti pada lafaz ialah nafsu yang telah diberi ilham, sudah mula dipimpin, diberi hidayah. Tuhan ambil perhatian sebab dia sudah mula mendidik nafsunya. Apabila seseorang itu bersungguh-sungguh melawan nafsunya, atas belas kasihan Allah maka Tuhan akan pimpin. Oleh kerana barn dididik, ibarat orang berjalan hendak menyeberang dan melintas jalan yang di tengah-tengah ada benteng, dia sudah berada di atas benteng. Ertinya dia sudah di atas sempadan (border).

Kalau tidak ada ribut atau ujian, jika mati insyaAllah selamat. Sebab sudah di atas border tapi belum sampai ke seberang. Namun masih dalam bahaya kerana apabila datang ribut, dia mungkin berbalik semula. Atau bila ujian datang, walaupun tidak jatuh tetapi sudah mula goyang. Orang di atas border ini tidak dikatakan tenang, masih dalam keadaan bahaya. Baru diberi ilham. Bila sudah sampai ke seberang barulah, masuk kawasan selamat dan barulah dikatakan tenang.

4. Nafsu Mutmainnah
Istilah mutmainnah bermaksud tenang, tidak digugat oleh kesenangan dan kesusahan, tidak digugat oleh sihat atau sakit, orang hina atau orang puji. Semuanya sama sahaja. Pujian orang tidak menyebabkan hati terasa sedap dan tidak berbunga. Orang keji, tidak terasa sakit. Tidak ada perasaan hendak marah atau berdendam. Sebab hatinya sudah tenang, perkara positif atau negatif tidak menggugatnya. Orang ini sudah menjadi wali kecil, sudah naik di atas border orang soleh. Nafsu peringkat ini sudah sampai ke kawasan selamat, tidak tergugat lagi.

Maka Tuhan mengalu-alukan ketibaannya, dengan ayat:
Maksudnya: "Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kernbalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku." (Al Fajr: 27-30)

Dari ayat ini, seolah-olah Tuhan tidak sabar hendak menyambut tetamu-Nya: "Mari-mari, cepat-cepat Aku tidak sabar, Aku hendak jumpa engkau ini."

Kemudian, dalam ayat tadi, Tuhan berfirman:
Maksudnya: "Kembalilah dalam keadaan redha kepada Aku, dan Aku redha dengan engkau." (Al Fajr: 28)

Tuhan mengalu-alukan dan kalau mati pada waktu itu, dia selamat. Oleh kerana dia sudah selamat, sebab itulah Tuhan menyeru. Manakala bagi orang yang nafsunya belum selamat, dia akan mati dalam keadaan jikalau Tuhan hendak azab pun boleh, hendak diampunkan pun boleh.

Semuanya atas sebab keadilan Tuhan. Kalau kita hendak mengharapkan kekuatan diri sendiri, bimbang tidak selamat. Sebab itu kita mesti mencari kekuatan lain. Di antaranya perbanyakkan selawat, berbuat baik, bertawasul dengan guru-guru dan lain-lain, mudah-mudahan itu menyelamatkan. Allah berfirman:
Maksudnya: "Bergaullah dengan hamba-hamba-Ku (iaitu para rasul, para nabi dan wali-wali), dan masuklah ke Syurga. Ku." (Al Fajr: 29-30)
Ertinya, cari-carilah sebab untuk mendapatkan rahmat dan Allah SWT. Bila mencapai peringkat nafsu mutmainnah, baruĂ‚¬lah selamat. Nafsu-nafsu di bawah daripada peringkat itu tidak selamat.

5. Nafsu Radhiah
Orang yang berada di peringkat nafsu radhiah ini, dia me redhai apa sahaja yang Allah takdirkan kepadanya. Ia terhibur dengan ujian. Ia merasakan ujian adalah hadiah dari Tuhan. Bila orang menghinanya, dia berterima kasih kepada Tuhan dan dia rasa bahagia. Sebab itu mereka yang berada di maqam ini, bila kena pukul, mereka rasa puas. Bila ditampar, seolah-olah minta ditampar lagi. Nafsunya sudah jadi malaikat.

6. Nafsu Mardhiah

Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Tuhan. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi: "Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mendengar dengan pendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan."
Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Tuhan lakukan.

7. Nafsu Kamilah

Nafsu peringkat ke-5, ke-6 dan ke-7 adalah darjat atau peningkatan kepada nafsu mutmainnah tadi. Bagi nafsu kamilah, manusia biasa tidak boleh sampai ke macam ini. Kamilah hanya darjat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya setakat peringkat keenam sahaja iaitu mardhiah. Ini sudah taraf wali besar.

Itulah 7 peringkat nafsu manusia. Jadi orang yang hendak mendidik manusia mesti faham peringkat-peringkat nafsu ini. Kemudian perlu faham macam mana pula hendak mendidik setiap peringkat-peringkat nafsu tersebut supaya manusia menjadi manusia.

Hari ini nafsu sudah tidak diperangi dan tidak dianggap musuh yang wajib diperangi. Sebab itu, tanyalah ulama mana sekalipun, tidak ada seorang pun yang memasukkan pendidikan nafsu dalam sukatan pelajaran. Ayat Al Quran dan Hadis yang dibaca dan dipelajari di sekolah pun tidak ada ayat-ayat yang berkaitan dengan nafsu dan kejahatannya.

Usaha memerangi nafsu tidak diaplikasikan dalam tindakan. Bila sebut musuh, yang mula-mula nampak ialah Yahudi dan Amerika sahaja. Sedangkan Yahudi dan Amerika itu budak mainan nafsu. Orang jahat itu hanyalah budak mainan nafsu.

Bertambah pelik lagi, manusia hendak membaiki buah yang pahit, dia potong buahnya. Sedangkan buah datang dari pokok.

Buah pahit itu ibarat perangai jahat. Pokok itu nafsu. Jalan paling mujarab hendak menyelesaikan buah yang pahit ialah dengan memotong atau menebang pokoknya.

lama pun sudah tidak faham bagaimana hendak menebang pokok nafsu. Ulama yang hafaz Al Quran dan Hadis pun tidak mampu memahaminya. Contoh lain, polis yang menjaga keamanan apabila hendak menyelesaikan masalah perompak dan pencuri, cara yang lazim dilakukan ialah menangkap dan mengurungkan mereka dalam penjara. Tetapi sebenarnya, yang paling berkesan untuk jangkamasa panjang ialah dengan menukar sistem pendidikan.

Itulah cara terbaik memerangi dan membendung kejahatan merompak dan mencuri.

Nafsu itu dididik. Bila ini berlaku, nafsu menjadi jinak. Nafsu yang jahat menjadi baik. Nafsu kalau dididik akan jadi pemurah, akan membesarkan Tuhan, tawaduk, tawakal, redha, berkasih sayang dan boleh berlapang dada. Maka lahirlah buah-buah yang manis walaupun di atas pokok yang pahit.

Allah berfirman:
Maksudnya: "Adapun orang yang takut pada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dan keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya Syurgalah tempat tinggalnya." (An Naziat: 40-41)

Monday 11 March 2013

kematian

Setiap insan atau manusia akan menemui mati dan mati itu akan datang tepat pada masanya, tidak terawal awal terlewat sedetik pun. mencari dan membaca tentang kematian dikala iman sangat2 lah lemah bole membantu sedikit sebanyak dalam membanteras syaitanir rojim..

• Setiap manusia Islam yang menemui kematian akan dibangkitkan semula dan pasti bertemu Allah di hari perhitungan.

• Hari perhitungan juga dikenali sebagai hari pembalasan dan di hari tersebut ada tiga perkara yang setiap manusia pasti akan merasa takut kepadanya:

1. Ketakutan Pertama: Apakah dia akan menerima buku laporannya dengan tangan kanan atau pun tangan kiri. Tangan yang diangkat ini adalah dengan perintah Allah dan tiada boleh diubah bergantung kepada apa yang dilakukan sewaktu hidup di dunia ini. Jika baik keseluruhan pengisian hidupnya maka tangan kanan akan terangkat dan Allah akan menyerahkan rekodnya kepadanya melalui tangan kanannya maka baiklah nasibnya manakala kalau buruk pengisian hidupnya maka rekod akan dicampakkan kepada tangan kirinya dan buruklah nasibnya disisi tuhannya.

2. Ketakutan Kedua : Untuk melihat neraca atau alat pertimbangan untuknya samaada akan senget kekanan atau senget kekiri, kalau senget kekanan maka baiklah nasibnya manakala kalau senget kekiri akan buruklah nasibnya.

3. Ketakutan Ketiga: Setelah dibuat pertimbangan, apakah dia akan dijemput dan dipelawa dengan senyuman dan ucapan selamat datang ke Syurga ALLAH atau akan ditendang dan dicampakkan ke dalam neraka.

• Dihari perhitungan nanti, setiap individu tiada terkecuali akan melalui 7 pusat pemeriksaan.

1. Soalan Pertama : Bagaimana imannya, ada imankah dia , kuruskah imannya, gemukkah imannya, kosongkah imannya, berimankah isterinya, berimankah anak-anaknya, berusahakah dia menanam iman kepada anak-anak dan ahli keluarga dibawah jagaannya.

2. Soalan Kedua ; Bagaimana kesempurnaan solat lima waktunya dan ahli keluarganya, berusahakah dia menyempurnakan solat ahli keluarga dan orang-orang dibawah jagaannya..

3. Soalan Ketiga : Bagaimana pengeluaran zakat fitrah untuk diri dan ahli keluarga dibawah jagaannya. Bagaimana pula zakat hartanya, cukupkah nilai dan tepatkah tempoh pembayarannya. Ikhlaskah dia sewaktu mengeluarkannya.

4. Soalan Keempat: Bagaimana puasa Ramadhannya, cukup dan sempurnakah perlaksanaannya. Bagaimana dia mengajak dan mengasuh ahli keluarganya untuk mendirikan dan menyempurnakan puasa mereka..

5. Soalan Kelima : Sudahkah dia mengerjakan Haji dan Umrah dan bagaimanakah perlaksanaannya, sempurnakah ia dan ikhlaskah ia dalammenyempurnakan ibadat tersebut. Jika tidak mampu , apakah benar-benartidak mampu dan semua pendapatannya digunakan untuk perkara-perkara yang benar-benar diredhai Allah dan bukan kepada perkara yang tidak diredhaiNya.


6. Soalan Keenam: Berkaitan Mandi Janabah, dalam hidupnya selepas dia mencapai umur akil baligh apakah dia menyempurnakan mandi janabah dengan betul dan sempurna. Apakah dia membimbing ahli keluarganya dalam perkara berikut, ibu bertanggungjawab untuk membimbing anak perempuannya dan bapa menjadi pembimbing anak lelakinya, perkara ini perlu diasuh dan dijalankan dengan betul. Guru sekadar membantu dan mereka ada sekatan dalam memperincikannya. Jika tidak sempurna sudah tentu semua ibadat yang berkaitan dengannya akan menjadi sia-sia sahaja.

7. Soalan Ketujuh dan terakhir; Bagaimana silaturrahim antara dia dengan ahli keluarganya, dengan kedua ibubapanya , dengan kedua ibubapa isteri atau suaminya, antara dia dan guru-gurunya, antara dia dan orang-orang lebih tua darinya, antara dia dan jiran-jirannya dan antara dia dan orang yang pernah ada dalam hidupnya.

Jika ada mana-mana yang tidak sempurna atau belum sempurna, ambillah peluang Ramadhan ini dan hari-hari yang masih berbaki ini untuk memperbaiki diri kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput ALLAH untuk mengadapnya semula , mungkin tahun depan, mungkin bulan depan, mungkin minggu depan, mungkin esok atau mungkin sebentar lagi.

* Catatan dan penulisan ini, mungkin tidak sempurna tetapi jadikanlah ia renungan dan penghayatan kita bersama.

dikala imanku sangat2 lemah

bismillahirrohmanirrahim,,

Ya Allah aku rindu diriMu,
Ya Allah aku kasih padaMU,
Ya Allah aku malu padaMU,
Ya Allah aku takut padaMU,

Ya Allah aku rasa kosong ya Allah,
Ya Allah aku rasa iman ku sangat lemah Ya Allah,
Ya Allah kenapa aku rasakan semakin hari semakin jauh aku dariMU,
Ya Allah kenapa aku rasa hilang segala nikmat pabila aku sujud padaMU,
Ya Allah kenapa aku tidak mencariMu pabila aku takut,sedih,tercabar dengan ujianMU,
Ya Allah kenapa aku tidak lagi mengalirkan airmata pabila mengharapkan keampunanMU,
Ya Allah kenapa aku tidak lagi teruja untuk berjumpa denganMU setiap malam,

Ya Allah aku takut,
Ya Allah aku sedih,
Ya Allah jangan pernah engkau tinggalkan aku kesorangan,
Ya Allah jangan pernah engkau tarik nikmat iman dariku,
Ya Allah jangan engkau beri aku membuat keputusan dalam hidupku tanpa hidayahmu,
Ya Allah aku tidak mampu belayar di dunia yang fana ini tanpa bimbinganMU,

Ya Allah bantu aku Ya Allah,
Ya Allah tolong aku Ya Allah,
Ya Allah aku banyak berdosa padaMU,
Ya Allah aku banyak lupakanMU,

Ya Allah aku tahu Engkau sentiasa melihat aku,
Ya Allah aku tahu Engkau sentiasa mengharapkan sujudku di waktu tengah malam
Ya Allah aku cuba Ya Allah..aku usaha Ya Allah..tapi aku hampa Ya Allah..
Ya Allah aku malu denganMU Ya Allah..

aku tidak mampu jadi hambaMu yang taat,
aku tidak mampu jadi wanita yang solehah,
aku tidak mampu jadi pemimpin wanita yang baik,
aku tidak mampu jadi kakak naqibah yang alim,
aku tidak mampu jadi anak yang solehah,

Ya Allah aku tidak tahu bagaimana ingin berhadapan denganMu kelak....

*mungkinkah ini balasan kepada diriku =(