Sunday 28 April 2013

SORAK LAR LAGI

Saya terbaca satu randam thought daripada saudara Korn Razak, berkenaan dengan tukang sorak.

Tiap kali orang masuk islam, kita seronok bukan main. Tiap kali ada orang dapat hidayah, kita bukan main lagi gembira. Siap post, share dan komen.

Baguslah. Kita wajib gembira. Tapi adakah sekadar itu sahaja?

Jadi tukang sorak sahajakah?

Macam perlawanan bola, kita cuma menjadi penonton. Bila musuh menyerang gawang kita, kita berdoa dalam debar, "Ya Allah janganlah kau berikan mereka menang" dan apabila kita menyerbu ke gawang lawan, kita mula teruja dan bila gol sudah dijaringkan, serentak kita menjerit, bersorak, berpelukan.

Tapi bila pasukan kita menang, yang mendapat imbuhan cuma 11 orang yang berjuang di atas padang, pemain-pemain simpanan, dan juga staf-staf pasukan. Yang kita, bertempik dan bersorak sampai nak tercabut anak tekak, kita dapat apa?

Kita tak dapat apa-apa.

Begitulah dengan kerja islam.

Ada orang yang buat kerja islam full-time. Ada yang buat kerja islam part-time. Ada yang buat kerja islam sometime. Dan ada juga yang tak buat bahkan tak peduli langsung tentang islam, tentang tuntutan-tuntutan sebagai umat islam dan tentang tanggungjawab-tanggungjawab sebagai seorang orang islam.
Oleh kerana itu, yang buat kerja islam, adalah habuannya daripada Allah. Yang berbelanja harta-Nya untuk pembangunan islam, adalah gantiannya daripada Allah.

Kita akui bahawa bukan semua orang mampu untuk berdakwah kepada orang kafir untuk masuk islam. Ada orang yang Allah pilih mereka untuk jadi pendakwah full-time. Saya kenal seorang, namanya Ustaz Mohd Fadli Yusuf. Setakat malam ini, seramai 172 orang telah berjaya beliau islamkan.

Saya pernah bertemunya dua kali dan saya kenal peribadinya. Lembut dan peramah, tetapi jiwanya tegas dan semangat juangnya tinggi. Dia tak pernah mendabik dada. Tak pernah juga dia berkata, "Saya sahaja yang buat kerja islam sedangkan kalian duduk goyang kaki sahaja".

Tak ada.

Tetapi beliau bahkan menyeru agar kerja islam ini dilakukan secara kolektif. Ada orang yang mampu untuk berjumpa dari hati ke hati. Ada orang yang tak boleh, tapi boleh menyumbang wang ringgit. Ada pula yang tak ada wang, tapi ada kudrat fizikal. (Ustaz Fadli pernah share gambar seorang perempuan yang agak berusia tetapi masih kuat mengangkat kayu yang panjang dan besar untuk pembinaan masjid di pendalaman Sabah). Ada pula yang tenaganya tak kuat mana, hartanya pun tak banyak mana untuk menyumbang, tapi dia ada kepakaran dalam seni-bina (seperti Abang Abu Dzareen yang membuat design dan menyelia bagi pembinaan masjid muallaf itu).

Dan banyak lagi.

Kesimpulannya, kerja dakwah ini bukan 'one man show'. Semua orang perlu berperanan untuk mengembangkan islam. Setidak-tidaknya, kita mencontohkan ajaran islam yang sebenar dengan teladan daripada diri kita.

Kita tunjukkan peribadi seorang muslim. Kita buat apa-apa yang islam suruh kita buat. Kita juga jauhi dan tinggal apa-apa yang dilarang dalam islam.
Itu pun sudah menjadi satu dakwah walaupun tanpa patah-patah perkataan.

Kita jangan jadi tin kosong. Berbunyi kuat, tetapi kosong. Bersorak kuat tapi akhlak buruk. Berteriak semangat tetapi beramal longlai!  

Monday 22 April 2013

sahabat yg dijanjikan masuk syurga


Tahukah anda siapakah yang dijanjikan Allah untuk masuk syurga?
Berikut adalah 10 sahabat nabi yang telah dijajnikan syurga oleh Allah.

1. Abu Bakar As-Siddiq ra.

Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran sebagaimana berikut :
“Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah ayat ke-40)
Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, daripada beliau diriwayatkan 142 hadits.

2. Umar Bin Al-Khattab ra.

Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadah dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad saw diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Parsi dan Rom Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Talib ra.

Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.

Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam

Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas

Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf

Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah

Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.
Itulah 10 sahabat baginda yang dijanjikan Allah dengan syurga. Iman dan Amal mereka sangat hebat sehingga mendapat ganjaran yang tinggi daripada Allah sejak mereka hidup lagi. Kita semua pasti mahu ke syurga kerana di sana terdapat infiniti keindahan dan kesenangan. Akhirat itu pasti. Mari tingkatkan amal dan iman untuk menghadapi akhirat.

IKHLAS

"Macam mana kita nak masuk syurga kalau kita tak ikhlas?"

Soalan daripada murabbi yang membuatkan kami semua terdiam berfikir.

Satu saat nanti, kita akan berasa diri kita seperti sudah banyak buat amal. Kita dah banyak solat berjemaah (atau mungkin tak pernah tinggal solat berjemaah), kita banyak bertilawah, banyak bersedekah, banyak melakukan dakwah (ifradi dan ijtima'i), kita dah banyak membantu orang, bahkan kita sudah banyak melakukan kebaikan.

Kita tersenyum-senyum memikirkan syurga.

Dan kita menggeleng-geleng sedih memikirkan ramainya manusia yang tidak macam kita. Manusia yang mati hatinya daripada meninggalkan yang haram dan melazimi amal soleh.

Tapi di akhirat nanti,

Di depan Allah,

Habaa'an mansuro.

Abu-abu yang bertebangan ditiup angin.

Amal soleh kita rosak, binasa, hilang nilai, dan tidak dikira, kerana satu perkara kecil sahaja- NIAT.

Ikhlaskanlah hati, kerana Allah bukan hanya memerintahkan kita untuk menyembah-Nya, tetapi Dia juga menyuruh kita untuk ikhlas dalam menyembahnya.

Maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan agama kepada-Nya (Surah Az Zumar, ayat 2)

Kadang-kadang kita rasa soal niat ini sebagai benda yang remeh-temeh, hinggakan ustaz-ustaz pun tak cerita dah fasal ni. Ustaz-ustaz sekarang nak cerita benda-benda yang besar-besar. Nak cerita fasal hudud, fasal siasah. Ini zaman kita bercakap tentang perkara besar. Ya betul. Tetapi jangan lupakan benda yang kecil, kerana sekecil-kecil niat... itulah yang membuatkan amal kita diterima atau tidak.

Betul kata murabbi, "Rugilah kita kalau kita beribadah dengan maksud dan tujuan selain daripada hanya semata-mata kerana Allah".

Tak dinafikan, nak ikhlas itu susah dan sukar. Tiap kali, akan timbul rasa seronok, suka, dan bangga dalam hati. Maka bila timbul perasaan begitu, maka cepat-cepat kita tolak dan lawan perasaan itu dengan mengingatkan dan memberitahu diri kita,

"Kalau bukan kerana Allah sayangkan aku, maka aku mesti tak mampu untuk buat amal kebaikan ini".

Kita terjebak dengan amal soleh, bukan kerana kita sihat. Bukan kerana kita ada masa lapang. Bukan kerana kita alim. Bukan kerana kita kaya.

Kita terjebak dan mampu untuk melakukan amal soleh pun, hanyalah kerana Allah yang izinkan. Allah yang pilih kita. Kalau Allah tak pilih dan tak izin, maka kita pun akan lalai sebagaimana orang lain lalai.

Kita mampu mendirikan solat, bukan kerana kekuatan kita. Sebaliknya jika bukan Allah yang menjentik kekuatan dalam diri kita, maka kita pun tinggalkan seketika urusan dunia... mengadap si pemilik dunia ini.

Kalau Allah tak pilih kita untuk diberikan sinar hidayah dan embun taufik-Nya, maka siapalah kita.

Pencuri? Pelacur? Perogol? Perasuah? Pemabuk?

Ya Allah, Jika bukan kerana belas kasihan-Mu, maka aku tentu akan lalai, sesat, dan binasa. Maka, janganlah kau biarkan aku terlepas daripada lingkaran kasih sayang-Mu, walaupun hanya untuk sekelip mata.