Sunday, 2 December 2012

pagi yang bersemangat

Assalamualaikum wbt..

wah..harini kelas pukul 9.00 pagi..hurm kelas yang BEST..(cara utk naikkan motivasi diri pd permulaan hari yang panjang)..kelas PSCAD..sbnarnya kelas ni ok2 je xdelah ssh mne pun..nuri suka sangat kelas ni..sebab boleh menaikkan lagi semangat nuri untuk berjaya sebagai seoranag ENGINEER..jadi ke?hehe insyaAllah..kalau Allah takdirkan nuri jadi..jadilah =)..ok harini nuri akan bersungguh-sungguh untuk jadi seorg anak,pelajar,MPP, n rumate yg sangat bertanggungjawab..xpe penat ckit pun..mana tau dengan kepenatan yang sedikit ni bole menjadikan nuri salah seorang ahli SYURGA Allah..

teringat ayat 7 Surah Muhammad "jika kamu menolong jalan Allah, nescaya Allah akan menjaga kedudukan mu dan menolong mu" Allahuakbar..

ok wish me luck dalam mengharungi perjalanan yg jauh ini..^___^

wassalam

*note:mood tengah bersemangat untuk SYURGA Allah tanpa menghiraukan keadaan diri sendiri

starting POINT

Assalamualaikum wbt ..

Alhamdulillah dpt menulis kt bog ni walaupun x selalu jengah kt blog yg satu ni..Alhamdulillah dengan izin Allah nuri dh jadi salah seorang MPP UMP 2012/13..apabila di beri amanah ni..mmg xdpt dinafikn mmg akn rse bersalah sgt kalau x dpt lakukan dgn baik walaupun sikit..hurm lps je 1 kem..kem lagi..xpe2 moga2 dgn apa yg dibuat ini menjadi tiket utk msuk ke syurga Allah yg abadi..

nuri bru lepas ke KONSERT td..mesti terkejut kan..hehe konsert utk GAZA lah..kan sekarang tgh hangat ttg ISRAEL serang GAZA..sblum g konsert nuri ada g kem 3 hari 2 malam..mmg BEST sbb utk akademik..n balik2 ke UMP trus lakukan amanah sebagai MPP..penat mmg penat tp ats dasar tggjawab n kesedaran ttg amanah tu..so kte perlu truskn jgk..=)..bangga dgn sahabat2 yg bertungkus lumus utk jayakan malam ni..diorg mmg HEBAT..

tapi dlm melakukan GERAK KERJA mmg akn ada yg terasa,menangis, terluka,riak,takbur, ujub n banayk g..tp igtlah kalau kita wat kerja KERANA ALLAH..insyaAllah kte dpt hindarkan benda2 ni..k lah jom kita study sekarang..t mcmmane nk dpt ANUGERAH DIRAJA time konvo t..hehe wish u luck nuri..

wassalam

*note: nuri YOU HAVE to POLISH your writing skill =|

Tuesday, 21 August 2012

selamat hari raya aidilfitri

assalamualaikum..hurm lupa nk bkak blog yg satu ni..sempena bulan syawal ni..nuri mohon beribu kemaafan dari saudara mara, sahabat2, dan kenalan2 yg jauh n nuri xsmpt contact mauhupun tnye kabar..hehe mcm lar diorg sume baca ap yg nuri tulis ni..tp xpe..coretan2 dlm blog nuri yg satu ni bole memberi kenangan pd nuri di masa hadapan..mmg kdg2 manusia terlupa n alpa dlm keseronokan mnymbut bulan Syawal hinggakan waktu solat,cara pemakaian, pergaulan, pemakanan diambil mudah..padahal kte sptutnya meraikan bulan syawal yg mulia ni mgikut cara yg telah ditetapkn oleh Islam..hurm klu nk fikir psl org len, nk tgk salah org len..senang je kn..bak kata pepatah kuman di seberang sungai nmpk..gajah dpn mata xnmpk pun..hurm itu lah manusia akhir zaman..waduh kok bisa nya ckp nya udah spt seorg ustazah..hehe itu lah..ble ckp bab agama ckit dikatakn spt ustazah..tp bknkah kte hidup kt dunia ni prlu lakukan amal maaruf nahi mungkar..hurm..kdg2 ble bce di FB best je status sne sni psl raya..ada yg sedar dlm kealpaan yg mnimpa diri..ada yg mmg trjerumus dlm kenikmatan yg ditahan sebentar sepnjng buln Ramadhan..n x ktggalan jgk ada yg sntiasa bersederhana dlm meraikn buln syawal..seronok tgk ragam manusia ni..n klu ada kekuatan n ilmu kte bole sma2 menasihati..hehe nuri prnh dgr spe erk prnh ckp pd nuri..xigt dh..beliau ckp beliau trbce ada 1 buku yg mnyatakan memikirkan pasal masalah ummah lebih baik dr kte sntiasa beriktikaf dlm masjid..hurm..jom kte fikir n koreksi diri kte balik ye..=)..btw spe nk kenal nuri bole lar add nuri di FB..coz kdg2 x perasan ada org komen2 kt blog ni..SELAMAT HARI RAYA...

mY fUtUrE JOB..insyaAllah..but dis is for me n my all fwenz to noe salary rate n chance 4 da job..



We have some immediate requirement as appended below.

20 QC Inspectors for Bekok C Project :
 

1) Mechanical
 
2) Piping
3) E&I
4) Structural

Job requirement :
 
- at least 5 years & above experience

Qualification :
 
- Diploma or relevant technical certification (CSWIP)

Nationality :
 
- Malaysian only


Daily Rate given by client :
 
Onshore - RM300 till RM350. => RM350 till RM400 => 14 days (back to back)
Offshore - RM 10% uplift to onshore rate.
=> i) 6 mths based in Kemaman office
ii) 4 months will be at offshore
iii) 3 months based in KL office
=> Leave arrangement will be given by Company Rep.
=> Other Cost will be reimbursable by Petrofac
We are appreciate if u could also notify to us your details as per following : 

i)Notice resignation period.
 
iii)Microsoft Words format' s CV.

If you had any query regarding this matter please don't hesitate to
 
email aweenkeai@gmail.com

Thank you.
 

Have a Good Day.
 

Regards,
 

Zurina
 
Brunel-Energy (M) S/B

Wednesday, 25 July 2012

kenangan dalam bersahabat

Terhiris & Terguris?... ^_^


Assalamualaikum..

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani..

Syukur Alhamdulillah  atas keizinan nafas dan nadi ini untuk terus berada di dunia ini. Moga masa yang di anugerahkan ini digunakan sebaiknya oleh ana. Selawat dan salam buat utusan terakhir, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, nuri masih mampu untuk terus menulis di sini setelah sekian lama menyepikan diri. Moga perkongsian yang di berikan ini mampu memberi manfaat buat insane yang membacanya. InsyaAllah..


Terhiris dan Terguris?

Sekadar ingin berkongsi pandangan, terhiris dan terguris itu perkara biasa dalam kehidupan seharian. Hampir setiap hari, kita akan terasa dengan kata-kata atau tindakan dari orang-orang di sekeliling kita. Tapi, pernah tak, kita terfikir, ramai orang yang terhiris dan terguris dengan kata-kata dan tindakan kita? Terutama dalam persahabatan. Walau seakrab dan sebaik mana pun kita dengan teman  kita, pasti kita atau dia akan terasa.


Lumrah persahabatan,
Terhiris terguris menguji persahabatan,
Hanyalah satu ujian,
Bukan satu halangan,
Untuk terus berkasih sayang,
Hadapi dengan iman,
Suburkan dengan bermaaf-maafan,
Sematkan doa-mendoakan.

Andai kita pernah terasa dengan orang-orang sekeliling, cubalah sedaya upaya untuk melupakan dan memaafakannya kerana tanpa kita sedar, kita sendiri juga sering melukakan perasaan mereka. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Hal-hal yang lepas jadikan sebagai pengajaran untuk kita semua. Teruskan melangkah membina hidup baru dan sentiasa berusaha untuk melapangkan fikiran kita dalam menerima apa jua cubaan yang menimpa diri kita semua.

Jauhilah kamu daripada berprasangka buruk kerana prasangka buruk itu adalah percakapan yang paling dusta.
 (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud dan al-Tarmizi daripada Abu Hurairah r.a)

Sahabat, Hati-hati Ketika Bergurau | iluvislam.com discover the beauty of islam

Sahabat, Hati-hati Ketika Bergurau | iluvislam.com discover the beauty of islam

Wednesday, 4 July 2012

nifsu syaaban~

alhamdulilllah..alhamdulillah..alhamdulillah..baru selesai solat berjemaah solat maghrib,solat isyak n bacaan yassin beramai ramai bersama ahli keluarga yg tersayang..malam ni solat kami berimamkan  Al-Fadhil Ust Nuri Bakhtiar Syah Bin Idris(abg long nuri)..masyaAllah sahabat-sahabat boleh rase nikmat nya solat berjemaah,bacaan yassin n mendengar sedikit tazkirah bersempena malam nifsu syaaban ni..apa tu nifsu syaaban??? mengikut kata Ust Don Daniyal ..Nisfu bererti pertengahan. Nisfu Sya'ban bererti pertengahan bulan Sya'ban, iaitu 15 Sya'ban.





Nabi bersabda, "Allah swt melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)

Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam Nisfu Sya'ban..

Hurmm itulah yg dikatakan oleh Ust Don..kita juga digalakkan membaca 3 kali surah yassin..n kita boleh pohon 3 doa..iaitu;
  1. panjangkan umur kita
  2. murahkan n perluaskan sumber rezeki kita
  3. mohon kita mati dalam keadaan beriman
suka nuri berkongsi sedikit info tentang kelebihan malam ini (nota ini nuri dpt dr sahabat nuri^_^) ;

1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini.

•••► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb."
~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
- Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

◆ Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam² pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh, insyaAllah tidak.

✉>>> Amalan yang dianjurkan;

✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.

✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.

✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dan lain-lain.

◆ Semua amalan di atas tidak dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم khusus pada malam Nisfu Sya'ban ini, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan Islam. Boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah hasanah. Tapi ingat, ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam ini.
2. Malamnya didirikan qiamulail (malam ini) & esok harinya (Khamis 15 Sya'ban = 5 Julai) berpuasa.

•••► Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya."
~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله.
--------------------------------------------------------------
3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan Malam Nisfu Sya'ban ini, namun nuri hanya ada 5 info sahaja. 

* Sila semak kembali pada diri anda? Jika ada, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha & mohon kemaafan dengan orang yang kita buat salah terhadapnya.

•••► Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;

✖ 1. Orang yang melakukan syirik. 
✖ 2. Pengadu domba (kaki batu api). 
✖ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan.
✖ 4. Penderhaka kedua ibu bapa. 
✖ 5. Orang yang ketagih arak. 
---------------------------------------------------------------
Selamat beramal ツ.

nuri harap nuri x lewat untuk bgtau hari yang besar untuk kte yg bernama hamba Allah ni..jom2 klu sesiapa yg blum lakukan apa2 lagi..tunggu apa lagi..jom lakukan sesuatu utk malam yg istimewa ni