Tuesday 4 December 2012

ilmu baru

Assalamualaikum wbt

Musim assigment, quiz, test, interview, meeting persatuan, meeting mpp datang menjengah lagi..final dalam masa sebulan lagi..masyaAllah banyaknya benda yang perlu diselesaikan..

semalam nuri jengah bilik MPP..walaupun tak bertugas pun malam tadi..tapi sebab terasa nak pergi..pergi je lar kan..selagi x berdosa..selagi tu nuri akan buat hehe..insyaAllah..so nuri jumpa lar beberapa junior gas teknologi..bantu sikit-sikit mana yang boleh bantu dalam menaikkan prestasi pelajar-pelajar course nuri..hurm maklumlah senior lar katakan..tapi nuri hairan berapa ramai senior yang sanggup turun padang untuk bantu adik2 junior sendiri..walhal tak keluar duit sikit pun nak bantu dan bagi kata2 semangat kat adik2 ni..nuri pesan kat senior2 n nuri sendiri tolong lah adik2 junior mahupun batch seangkatan dalam study field ni..insyaAllah Allah akan tolong kita kawan2..kalau tak dapat penghargaan dari manusia pun tapi kita kena sentiasa mengharapkan penghargaan dr Allah swt..

itu 1 hal..lepas tu nuri balik bilik terus je dikejutkan dengan status seorg senior ni..dapat survey yang berbaur politik..hurm kes2 politik ni je terus membangkitkan pelajar2 UMP..hehe terutamanya kalangan keyboard worrier..bagi pendapat nuri sendiri..pemikiran mahasiswa berkaitan politik perlu diasah lagi..bukan kerana nuri berpihak pada mana2 entiti..tetapi atas dasar keprihatinan nuri kepada corak pemerintahan negara kita selepas ini..hal ini sangat penting sebenarnya..kalaulah dikalangan muda ini terutamanya kalangan mahasiswa kosong or cetek ilmu berkaitan hal ini..bagaimana kita mahu menjadikan negara kita setanding dengan negara2 besar diluar sana..PLUS kita mahukan negara kita ini negara yang diberkati oleh Allah swt..bangkitlah anak-anak muda..bukan nuri menyeru untuk ber"demo" melawan kerajaaan mahupun menjadi fitnah dalam politik..tapi nuri mengharapkan pemikiran daripada anak-anak muda yang sentiasa aktif, progresif mahupun pandai menilai..bukan hanya memilik pemikiran yang sudah didoktrin oleh sesetengah pihak..

aduh..adakah selama kita hidup ni..kita tidak ada 1 inisiatif pun untuk negara kita sendiri..bangkitlah nuri..bangkitlah mahasiswa2 semua..anda merupakan golongan elit yang bergelar MAHASISWA..mengapa kita dipanggil MAHASISWA??kalau pernah baca buku GERAKAN MAHASISWA..dalam buku tu ada explain kenapa kita digelar mahasiswa..perkataan "maha" itu sendiri membawa maksud yang besar/hebat/sangat brilliant/SUPER HEBAT..sebenarnya perkataan maha itu selayaknya HANYA untuk Allah swt..tp mengapa kita juga diiktiraf sebagai MAHASISWA...ini kerana masyarakat memberi SATU penghargaan/PENGHORMATAN kepada kita yang telah pun berada di menara gading..golongan yang mencari/mendalami ilmu..SEDAR lah NURI..sedarlah MAHASISWA..jangan diperkotak katik oleh politik yang anda semua tak pernah nk dalami..

wassalam

*mood : sejak2 nak PRU ni..ilmu politik semakin tersebar dengan sendiri..STUDY bawak banyak maksud =)



No comments:

Post a Comment